Tuesday, May 16, 2017

Bagaimana nak tahu bateri kong atau alternator yang rosak

.

Apabila hendak hidupkan enjin kereta tiba-tiba starter motor semacam semput, kita selalu syak yang bateri telah 'conk'. Jarang kita terfikir kenapa bateri boleh habis sedangkan baru ditukar tak sampai setahun. (Nota: biasanya, hayat bateri kereta diantara 1.5 ~ 2 tahun. Sesetengah bateri sel basah boleh cecah lebih 2 tahun hayatnya jika dijaga dengan baik).

Eloklah kita fahami serba sedikit tentang sistem 'starting & charging' sesebuah kereta agar nanti kita tak melulu meletakkan sebab kepada bateri. Lebih parah lagi kalau kita asyik tukar-tukar bateri sahaja. Hari ini tukar bateri, esok lusa 'conk' lagi....aduh! Bukannya murah pula tu.

Berikut adalah diagram ringkas tentang 'starting & charging system' untuk kereta berenjin petrol atau diesel:


Imej dari: motorist.org

Bateri yang normal akan menyimpan cas dalam 12 volts. Apabila kunci diputarkan kepada 'start', Starter Motor akan memutarkan aci engkol untuk menghidupkan enjin, oleh itu ia banyak menggunakan tenaga elektrik dari bateri. Jika bateri berada dibawah 10.5 volts (bergantung kepada saiz enjin), kita akan dapati Starter Motor macam semput untuk berputar.

Apabila enjin telah hidup, sistem pengecas pula berfungsi. Mengecas dan menjana tenaga elektrik adalah tugas Alternator. Ia seperti generator elektrik kecil yang mampu menjana sehingga 14 volts untuk mengecas bateri. Voltage Regulator akan mengawal voltan kepada 12 volts untuk kegunaan lain pada kereta.

Dengan kata lain: sebelum enjin hidup, bateri bertugas. Selepas enjin hidup, Alternator bertugas.

Oleh itu, jangan buka lampu hadapan lama-lama atau pasang radio kuat-kuat jika ENJIN BELUM HIDUP kerana elektrik itu datang dari bateri. Takut nanti tak boleh hidupkan enjin.

Jika bateri anda 'conk', sila perhatikan perkara berikut:
  • Adakah bateri anda berusia lebih 1.5 tahun? Jika ya, mungkin benar bateri itu perlu ditukarkan.
  • Adakah sesiapa pernah mengusik kabel bateri atau kabel Alternator baru-baru ini? Cuba periksa sekali lagi sambungannya. Mungkin longgar.
  • Adakah anda memasang sistem audio atau lampu yang berkuasa tinggi baru-baru ini? Mungkin ia mengambil kuasa bateri sedikit.

Jika kesemua jawapan di atas adalah 'TIDAK', maka anda patut uji alternator anda. CARA yang tak mudah (sebab kena tanggalkan terminal bateri dalam keadaan enjin sedang hidup):

  1. Cuba hidupkan enjin kereta (kalau langsung tak boleh hidup cuba jump-start / pinjam bateri / tukar bateri)
  2. Buka hud hadapan dan tanggalkan terminal -ve bateri menggunakan open end spanar saiz 10.
  3. Jika enjin mati selepas beberapa ketika, alternator / sistem pengecas telah gagal 

Atau anda boleh lakukan UJIAN MUDAH seperti berikut:
  1. Cuba hidupkan enjin kereta (kalau langsung tak boleh hidup cuba jump-start / pinjam bateri / tukar bateri)
  2. Jangan tekan pedal minyak, biarkan enjin 'melahu' (idle) sehingga enjin agak stabil (RPM stabil)
  3. Buka lampu tinggi (headlight) dengan cara menarik tuil lampu isyarat (seperti kita bagi lampu kepada kereta di depan), kemudian lepaskan tuil tu. Lakukan berulang kali
  4. Setiap kali lampu On dan Off, cuba dengar perubahan pada enjin.
  5. Jika ADA perubahan pada RPM enjin (enjin jadi berat ketika On), maknanya Alternator masih berfungsi
  6. Maka, tukarlah bateri.

TETAPI jika TIADA perubahan pada RPM, tidak bermakna Alternator telah rosak. Mungkin:

  • Ada kabel tercabut atau longgar
  • Talisawat (belt) Alternator putus atau longgar
  • Ada fius yang terbakar

Periksalah dulu perkara di atas sebelum dihantar ke woksyop. Setelah berpuas hati, bawalah kereta ke woksyop yang diyakini. Biar pomen gunakan alat Multimeter. Sekurang-kurangnya, kita telah periksa dan berpuas hati sebelum menukar Alternator kerana harga Alternator bukanlah murah.



.

88 comments:

sudipVSsenduk said...

Ooooooooooooo.....

Nizam.Ariff said...

SvS
Sila viralkan kpd kawan2 ye...

Nizam.Ariff said...

Mr. Ri.
Dah sedang elok utk ditukar tu...

Unknown said...

Bateri kong tp lampu bateri x nyala ...yg nyala lampu 'check engin' knp?

Nizam.Ariff said...

Rizal.
Tu kena tanya pomen. Guna scan tools...

Unknown said...

Bila pusing kunci nk start bunyi "tak tak tak"
Pastu ble jumper, matikan enjin boleh hidup kan enjin mcm biasa.. dah dua kali jadi.. jangkahayat bateri dah 1.3tahun

AZMIR said...

Bateri kering kalau pakai 7 bulan masih ok ke tak? Sebab kereta tak boleh start sebelum ni pergi caj kat kedai bateri, boleh start kereta semula. Pastu lepas seminggu tak boleh start lagi. Guna kereta tiap2 hari. Bila hantar semula nak caj bateri, tauke kedai kata bateri kena recharge lagi. Saya kata bateri tu rosak, dia kata bateri tu ok. Macam mana tu ye?

ghazyusoff said...

Exora bold kalau cabut -ve pada beteri ttp akan enjin mati ini sya tgk masa pomen tukar beteri baru pada sebuah exora bold mungkin tuan boleh survey dahulu pada semua jenis kereta..

Nizam.Ariff said...

Ghaz.
Sepatutnya, alternator akan ambil alih fungsi supply current kpd sistem klu enjin dah hidup. Mgkn ada sbb lain kut..

Nizam.Ariff said...

Maknanya, bateri tu tak di charge masa enjin hidup la kut....atau dark current mmg tggi.

Nizam.Ariff said...

Dah sampai waktu utk tukar la tu...tp check dulu klu kuat mkn bateri. Takut ada sbb lain.

Unknown said...

Admin..bru ni radio kereta tiba off on sendiri dan kadang2 lampu ppun bila radio off on sendiri terikut off on

Unknown said...

Kalau on suis,apa benda pun x ad respond mcm mna??on suis,ksong.bunyi apa pun x ada...viper bleh gerak lagi.

Unknown said...

Bateri baru 7 bulan, tapi start dia bunyi 'tak tak tak. Adakah masala bateri? Alternator pernah tukar, recond da guna 8bulan

Zafran Egar said...

Nak buka pintu kena pakai manual.

Cucuk kunci pergi start. Apa pun tak menyala kat dashboard tue. Kenapa ya? Semua tak berfungsi.

Bateri conk atau alternator?

Unknown said...

Bateri Kereta sy baru 7 bulan..pagi td nak start dah bunyi ktak ktak tu.. kereta baru pakai 3tahun tp bateri dah tukar 2 kali n kali ni kalau kena tukar lagi maknanye da 3 kali kena tukar.. pelik sungguh. Kenapa boleh jd mcm tu ye?

Unknown said...

Almera auto push start button.
Bila start trus mati.
Bole hidup tp kena jumper.
Tu bateri ke apa ?
Bulan 8 genap setahun n xpernah tukar

Unknown said...

Nk tanye,klau baru tukar alternator,tiba2 bsoknye kereta jadi mcm heng,lmpu lemah,mcm nk mati ape rosaknye ye bateri da 3 thun

ibu Putri Emiliya said...

Kereta Saya Axia SE
BARU JE PAKAI SEBULN
Pagi tadi x leh start
Saya ambil batteri and charge di bengkel
Da install balik and boleh start
Alhamdulillah
Persoalannya knp cepat sgt bateri kong

Nizam.Ariff said...

Zafran.
Cuba buat ujian mudah mcm yg aku tulis tu...

Ain.
Kalau bateti dah asyik tukar, maknanya ada masalah lain selain bateri. Mgkn: ada litar terbuka atau longgar, atau cara kamu 'jaga' bateri. Cuba baca 'tips untuk jaga bateri kereta'. Nak kata alternator, jarang rosak kalau usia kereta baru 3 thn. Biasanya usia kereta 7 thn ke atas...

Nizam.Ariff said...

Hanis.
Masalah awak mgkn serupa dgn Ain...kalau kereta baharu, elok bawa ke pusat service sementara ada warranty. Mereka lebih tahu masalah itu...

Nizam.Ariff said...

Unknown.
Mgkn bukan masalah alternator kalau bateri dah 3 thn. Bateri yg dah lama tak dapat simpan cas lama-lama mcm bateri baharu.

Nizam.Ariff said...

Nas.
Maknanya ada 'sesuatu' yang keringkan kuasa bateri. Utk kereta baharu, aku kurang syak pd bateri atau alternator. Aku lebih syak kepada wiring atau litar longgar etc..

Unknown said...

Terbaekkkk

Fairuz Sudin said...

aku dah 2x pakai bateri tahan 5 tahun..munkin sbb dah x pakai alarm dan jarang bwk..biasa keje naik lrt..

pasni munkin hayat 2-3 tahun sbb dah guna kereta gi keje hari2..

Unknown said...

Bateri saya baru lagi.... Tak sampai 3 bulan.. Tapi bila sy start sistem dlam kereta jadi huru hara... Bila sy pkai bteri lain ok pulak...

Unknown said...

Tanya kat kedai main pully alternator atau alternatir tu..tp ada cara untuk pastikan alternator pula..sebab makan modal kalau alternator

Unknown said...

Kereta asyik tak blh nak start, buka pintu kena paki manual, lampu smua tak hdp, alarm pun tak bunyi, padahal bateri bru tukar tak sampai 3 bln.. Kalau jump start ia jd elok smua tp lebih Kurang dlm 2mgu je ia menjadi balik..

Nizam.Ariff said...

Syabas...aku pun tak on kan alarm kalau kereta jarang gerak sbb alarm makan kuasa bateri gak

Nizam.Ariff said...

Oiit....dah lain lak jadinya. Pastikan kuasa bateri sama bila tukar cth: honda city guna NS40, kalau proton biasanya NS60.

Nizam.Ariff said...

Kereta dah lama? Cuba check alternator. Kereta masih baharu? Cuba check kabel bateri kut2 longgar. Kadang2 sebab door switch rosak/longgar menyebabkan lampu dalam boot asyik menyala 24jam. Aku pernah kena yg ni.

MrZam said...

Ilmu yg bermanfaat tuan nizam!
Semoga Allah S.W.T membalasnya.

Pertanyaan, jika kereta jarang bergerak. Contoh sy seminggu skli grk, min 30-60km. Adakah kurang hidup/gerakkan kereta bateri boleh kong trus wlupun xsampai sethn?

Unknown said...

Assalam than,
Kereta alza baru pakai 1thn 4bln 51k km dah ganti bateri baru 7 bln. Bila stat keluar err Dan lmbt hidup. Cek bateri 12.5 v. Agak masalah pe ye

Unknown said...

Salam bos aku dh buka kabel kepala beteri enjin xmati xmelahu.. dn dh try lampu high beam enjin mmg jd berat dn trus mati apake altenater rosak bos?

Unknown said...

Mcm mana bro.dah cek kat workshop?apa Yang rosak.

Unknown said...

Dlm sbulan ni kereta sy asyik mtk jumper je..stress..shok2 je parking xleh start..kne la jumper kreta org..bteri 1tahun stgh dh rs nya..sbb sy beli dr owner pertama..wira..1.5cc..agak2 apa punca nya ye..

mashup said...

ada soalan, kereta sy viva 880cc kereta boleh buka pakai remote, lampu menyala radio aircond semua okay. tpi kereta kalau start mmg ada bunyi “tak” sekali sahaja dan tak dpt hidup dah. itu masalah apa ya? battery ke? bru sekali jump start dlm masa 2 hari dia jadi lg....

Meran said...

Salam tuan... Sy ada tukar bateri baru..pakai seminggu dah kong bila x start 3 hari. . Sebelum tukar bateri baru.. Sy telah mencuba langkah berikut:
1. Tanggal kabel bateri sewaktu enjin kereta hidup. .Enjin berfungsi spt biasa..
2. Buka terminal negatif kabel pada bateri kemudian sambungkn test lamp dan punca satu lg test lamp disambung ke terminal didapati lampu x nyala. . Sy beranggapan tiada arus bocor. .

Mohon tuan bg advice nk settle masalah bateri cepat kong dan cadangan2 lain utk dibuat. T kasih

Unknown said...

Salam Tuan, sy telah menukar 3 kali alternator ( Recon) Dalam tempoh satu bulan..isunya disebabkan oleh lampu bateri yg menyala dan mmg disahkan masalah berpunca daripada alternator. Ttp kekerapan isu nih menjadi satu masalah besar kpd sy. Adakah ada kemungkinan ia berpunca daripada wiring , atau isu yg lain? Bateri kereta baru diguna dlm 6 bulan dan masih kondisi yg ok. Adakah perlu dibawa utk check guna komputer utk delete error yg berkenan menyebabkan ia berlaku.

Nizam.Ariff said...

Maknanya alternator tu masih ok. Rasanya ada wiring yg shortage kat mana2 tu. Test no. 2 tu tak tunjukkan arus bocor kat tempat lain rasanya. Kena cari pakar wiring gak ni..

Nizam.Ariff said...

Ada 3 parti yg berkaitan. Bateri, alternator dan wiring. Klu 2 ok, tggl satu je la... Wiring. Komputer tu cuma nak bagi tau error apa, pomen tetap diperlukan.

Nizam.Ariff said...

Klu bunyi 'tak' biasanya bateri tak larat nak start tu.

Unknown said...

Kpala bateri awak longar

Yusri said...

Kalo tak charge masa enjin hidup, alternator la kan. Dark current tu apa?

Unknown said...

Assalam.. Sy nak tanya.. Kalau bateri kereta kong, lepas jumper boleh start.. Pastu kalau nak bwk kereta pegi perjalanan yg jauh berbahaya x? Adakan enjin akan mama tiba2? Perjalanan agak jauh dlm 100km

Unknown said...

Salam tuan.. Kereta sya plu gna jumper utk start krana nteri dh kong.. Bila dah kereta idup boleh guna macam biasa, off enjin bkali2 dan hodupkan tak afa masalah.. Cuma slpas smalaman, atau paling lama 2 hari enjin tak dihidupkan, bteri kong kmbali.. Masalahnya dtg dri bteri atau alternator?

diyaa said...

salam..sy pakai viva..setiap kali start enjin..simbol bateri menyala..bawak jln sekejap..lps tu simbol hilang..prnh sekali bawak waktu mlm..tgh driving semua lampu padam tp enjin masih hidup. .esoknya bawak pegi bengkel..pomen cakap masalah bateri..so kita tukar..pakai 2 3 hari..masalah sama dtg lagi setiap kali nak start enjin..kdg2 tgh driving simbol bateri menyala..nak minta pendapat..apa masalah sebenarnya..tq...

AocMy said...

As salam semua. ada 1 lagi masalah yang kita perlu tahu selain Bateri dan Alternator. Masalah ini adalah main pully dah loose. bila main pully loose injin berpusing laju tapi Alternator x dpt pusing dengan stabil jadi bateri x dapat cas dengan betul. Boleh rujuk Video ini https://www.youtube.com/watch?v=hYeiV2AEiLE

Nizam.Ariff said...

AocMy
Hah.. Perkongsian yg bagus. Tksh.

Unknown said...

Mcm mana kalai baru 2minggu bateri bari ganti tp tidak hidup bila d start?.bila jumper hidup buka kepala bateri warna hitam masih hidup enjin kereta..tp bila esoknya d start susah tidak hidup..apa yg masalah ya?

HaF!iZ_96 said...

Boss... Kerta xhidup nk strt xbunyi tak takxx... hon..lampu.. radio semua hidup... Bru tinggl brpa ni it nk strt xhidup..beri penyerahan

Unknown said...

bos..kita start kereta tapi keluar tanda bateri..warna merah.dapat start ..adakah bateri habis?

Unknown said...

Salam nk tye klu kt bru tukar batery ttp jam dlm kete still malap..altenator prob ke ada benda lain yg prob?ble cabut fius btry kereta still hidup..tp jam dlm kereta yg malap

Zulfa said...

Assalamualaikum tuan
Saya ada masalah ni..
Saya da tukar alternator 2 kali da ni. Nasib baik ada waranty.
Puncanya adalah masa saya buka aircorn n drive kereta tetiba x sejuk n senggok2 cam nak mati enjin. Bila saya matikan suis aircorn kereta jadi macam biasa.. ok la tu maknanya.. tetapi selepas itu kereta perlahan2 kurg power sehingga akhirnya enjin mati n x boleh start (Bateri da kong la maksudnya).
Baru2 ni saya tukar alternator recon. Lepas tu jadi balik n yang terbaru ni saat saya menghantar pertanyaan ni saya baru tukar alternator yg baru lagi (tukar alternator sebelum ni sebab ada waranty). Jadi masa hidupkan enjin, enjin hiduplah.. setelah beberapa minit hidupkan enjin saya try lah cabut 1 kepala bateri.. nak dijadikan cerita enjin kereta pon mati..
Soalannya tuan adalah
1. Apa yer masalahnya?
2. Kalau diikutkan usia bateri, rasanya da lebih 2 tahun (bateri basah)..

Mohon penjelasan tuan untuk saya yang sedang sakit kepala ni ��

ell said...

Tumpang tanya - jika jam di kereta lewat 2 ke 5 minit dr waktu semasa, adakah ia ada kaitan dengan bateri atau alternator?

Unknown said...

Bat3 keta baru 4 bulan.. n alternater x de masalah.. tapi bat3 dh kong

Muhd nik said...

Mungkin litar longgar pada kereta second hand menyebabkan kereta x boleh dihidupkan.

hareff said...

nk start enjin tu..pulas knci..mcm lambat...pasal apa ek

Unknown said...

Sy ingin bertanya semase sy memandu tibe2 enjin kereta mati di jalan..kenape ye?adakah bateri sudah kne tukar..bateri pki sel kering sudah lame guna

Unknown said...

salam apa masalah ya klu btri x ditanggalkn kreta pandai x hidup seolah-olah btri weak?

Unknown said...

Sy ingin tahu..sekiranya injin dihidupkan tapi Rpm tak naik..apa mslhnya..jika tekan padle minyak jarum Rpm berfungsi spt biasa..jika injin idle Rpm tidak naik semula..mohon pencerahan.tq

takata said...

Masalah sy pula ptg dah tukar bateri baru dan lepas tukar kete xjalan pn. Esoknya nak jalan bateri kong lagi sampai 0 bateri dibuatnya. Masa tukar dh check alternator try cabut -ve kete ok xmati. 100% yakin xde lampu yg lupa dioff malam tu. Dah seminggu duk main jumper je. So hari ni kita panggil pomen dtg check.

Edy said...

Salam tuan...
20.06.2019....beli kete thn 2017 exora cfe baru.bateri tak pernah tukar,hari hari guna kereta simpton2 bateri akan kong tidak ada plk.tiba masa ekon kereta tidak sejuk niat nak pergi sc proton suruh pomen proton cek dlu apa masalah nye ekon kereta saya.1st pomen tu cek bateri kereta saya lemah kata nye.lps tu dtg custemer service kt saya mengatakan bateri kereta saya lemah klu nak tukar bateri kereta harga dlm rm300 jenama RAMCAR.tpi saya nyatakan buat masa ni nnt dlu tpi cek dahulu ekon kereta saya yg tidak sejuk.dlm masa yg
Sama pomen itu cuba start kereta saya tpi tidak hidup terus.
Persoalan 1#?
Adakah pihak sc cuba game saya?bagi saya bateri kereta saya tiada masalah pon....
2#Adakah alat ataupon system yg membolehkan bateri kereta saya menjadi kong?atau pon mmg kebetulan apabila berada di sc proton tu baru la kong plk...( perasangka buruk dan baik bermain di minda saya)....
Di harap pihak admin boleh memberi pencerahan ttg keadaan or situasi tersebut..
Tq admin

Nizam.Ariff said...

1. Bateri maintenance free ni biasanya kong jenis tak cakap. Kalau dah 1.5 thn, mmg kena standby duit.
2. Rasanya takde kena mengena hal aircond tu dgn bateri

Nizam.Ariff said...

Kes Wira saya tu, door switch tak tutup habis, litar always on. Rupa2nya, bila door switch On, lampu kat dlm bonet belakang tu menyala. Itu yg sbbkan bateri habis semalaman. Apa yg aku buat? Aku cabut bulb je...

Nizam.Ariff said...

Ada le yg sangkut kat jarum tu..

Nizam.Ariff said...

Mgkin juga. Tapi patutnya alternator punya kerja untuk bekalkan elektrik utk sistem.

Nizam.Ariff said...

Bateri dah kurang cas...

Nizam.Ariff said...

Check wiring

Nizam.Ariff said...

Takde rasanya sbb power jam. Itu kejituan

Unknown said...

boss altenator da tuka baru ..jumper start hidup ..lpas jumper kereta mati sndri ..ape masalah ea boss??

Nizam.Ariff said...

Adalah mana2 kabel besar alternator tu tak pasang habis atau longgar. Patutnya alternator ambil alih peranan bila dah hidup.

robiah said...

hrv tidak boleh start bila baru dimatikan enjin namun akan hidup semula setelah ambik masa yg agak lama..kenapa ya

robiah said...

hrv tidak boleh start bila panas tp akan ok balik selepas beberapa jam..kenapa jadi begini

Unknown said...

Start bunyi tek tek,kna tukar tembaga dekat starter sebab da haus dah kena,asal start bunyi tek tek tek

Unknown said...

Tembaga kecil kat starter kna tukar sbb da haus

Nizam.Ariff said...

Tak pasti, tak tau sistem hrv. Mgkn ada kawan2 kat sini yang boleh bantu?

Nizam.Ariff said...

Ooo... Ini ke yg biasa pomen kata Carbon Brush kotor berabuk?

Unknown said...

Hi bro,

Macammana nak contact untuk advertorial ya?

Nizam.Ariff said...

nizam.ariff02@gmail.com

queen nirna said...

Salam nak tny kereta sy selalu sgt x bleh start.. Biasa lepas jumper nga bateri lain akan elok seminggu atau 2 minggu lps tu berulang lagi.. Viper, alarm, tingkap, radio, lampu semua ok berfungsi dgn baik.. Ada time xleh start waktu pg nk g kerja, ada jg xleh start lps baru matikan enjin nk start balik tu dah x bleh. Mmg nak tahu masalah bateri atau altenator atau wire? Harap sgt tuan dpt membantu apa yg perlu sy tukar.. Terima kasih

Ciklie said...

Sy kena jg spt ni..mohon pencerahan dr saudara..

Ciklie said...

Sy kena jg spt ni..mohon pencerahan dr saudara

Ciklie said...

Sy kena jg spt ni..mohon pencerahan dr saudara

Unknown said...

Salam....saya zamri. Sya baru amik toyota wish 2nd pada bln 8/2019 2.0cc. Masaalah kereta sy x boleh cas semasa memandu jauh. Masa sy berehat di RnR TAPAH sy matikan enjin utk makan. Sy berehat disitu l/kurang 1jam.Tp bila sy nak start balik dah x boleh hidup. Bila sampai di kg biarkan semalaman boleh hidup pulak. Jd sy tukar bateri dlm keadaan enjin hidup wlwpun sy cabut kepala bateri. Bila sy dah tukar bateri baru pun sama. Bateri baru pakai 4hari dah x boleh hidup pulak masa enjin tengah panas. Masa sejuk hidup pulak... pening gak saya dok pikiaq. Sekian, terima kaseh.

Unknown said...

Assalamualaikum tuan..nak tanya kereta saya tidak boleh start..saya syak bateri.bila tukar bateri baru start boleh hidup kalau start hari2 boleh hidup.kalau biar dlm satu hari atau dua hari kereta start x boleh hidup..try check alternator cabut satu terminal enjin masih hidup..apa masalh tu tuan.

Shazwan said...

Salam bos..
Sy baru lepas tukar alternator n bateri baru..
Tapi bila tinggal semalaman esok nya bateri Kong..
Kalo Sy cabut satu kabel tinggal seminngu psang blek kabel bleh hidup..
Bleh tahu msalah apa?

Unknown said...

Salam.. Saya baru tukar bateri tp dalam seminggu pakai xblh start enjin..bateri atau alternator rosak?sebelum 2 sy drive mlm lampu depan signal okey je tak malap.. Bg pencerahan plz

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com