Saturday, July 19, 2014

Bagaimana nak tahu bearing roda kereta dah rosak...


.



Pada satu hari beberapa bulan lepas, aku dapati kereta aku berdengung bila bergerak. Bunyinya macam tayar kereta 4x4 yang berbunga tebal tu. Atau seperti berselisih dengan trak tentera di atas jalan raya. Macam itu lah.

Pada mulanya aku ingatkan ada batu kecil terselit di celah nunga tayar sebab kadang-kadang ada berlaku macam tu. Walau pun aku cungkil batu tu, bunyinya masih ada.

Makin lama makin kuat hatta pada kelajuan 60km/j. Akhirnya aku beralah sebab dah sakit telinga...dan sakit hati.


Aku pergi ke bengkel. Pomen jack-up srbelah tayat dan dia tekan minyak. Roda berputar....dan sah memang ada bumyi.Pomen kata bearing pada roda sudah rosak.

Aku ingatkan kalau bearing roda tu rosak, bunyinya mesti Macam berpasir sebab ball bearing dah pecah. Pomen kata, sebelum pecah, bearing akan berdengung dulu.


Aku pun tukarlah...harga bearing dalam RM70, campur upah nak press bearing guna hydraulic press dan upah itu ini, semuanya RM145.


Aku kongsikan disini simptom dan penyelenggaraan untuk bearing roda yang rosak. Semoga bermenafaat untuk anda juga.




.

53 comments:

Kakzakie Purvit said...

Apa yg pasti kalau kakak memang tak tahu. Tahu isi minyak dan drive aje..

Nizam.Ariff said...

Kakzakie.
Aku pun baru kena...sblm ni aku pun x tau

LydSunshine said...

gambar tu tak cukup detail. Tambah lg gambar kalau boleh. Yg mana bearing? Sbb aku tak kenal.

Nizam.Ariff said...

Lyds.
Hahaha....dah siap pasangla...mana nak ambik lg..

About me said...

Info yang sangat berguna! Terima kasih!

Unknown said...

Kerete apo

Unknown said...

Yaaaaaa haha.. info ni.. sama seperti kereta sy.. bedengung bila dipandu, buka radio kalau volume 20 takdo dengar suara tu kalah dengan bunyi dengungan kereta.. rupa rupa nya bearing rosak. Baru lah sekarang aku tau.. terima kasih tuan .. dah share pengalaman ..

shahrulghaffar15.blogspot.com said...

Bunyi dengung ad 2 sebab jgk, 1 tyr xcAntik n 2 memang bearing..

Unknown said...

Kereta ape ni ea

Areum said...

Nak tanya.. apa akibat kalau x tukar bearing selain bunyi tu je? Sy mcm ad bunyi tp xde bajet lagi nk tukar.. tp takit membahayakan nyawa pulak..

Nizam.Ariff said...

Shahrul,
Betul tu....klu tayar ada selit batu pun kdg2 ada bunyi...

Unknown said...

Bleh cadangkan bengkel mne yg berpatutan tu?area lembah klang ni...

Nizam.Ariff said...

Zikr.... maaf, saya x tau sbb tu pun pertama kali buat.

Unknown...mgkn berbahaya klu bawa laju2...

Unknown said...

So far belum pernah alami tpi pomen2 cakap kalau dah teruk sgt xtukar akan myebabkan tayar jem bhenti serta merta. (cm mtor 2T jem r kiranya)tpi masalah utama utk tukar ni kdai jual hrga berbeza sbagai cntoh ada yg jual jnis taiwan 1 bji rm150 ada yg katanya ori rm200++ 1 bji n ada yg jual 4 bji rm100++ xtau mne hrga betul. search mudah.com je n bndingkan jnis n harganya.

Nurudz said...

Klu mekanik kg sy dia x pki pun hidraulik2 tu bg masuk bering..main tukul je tp ada la teknik dia..ok jg lps tukar..murah jg la upah dia minta..

Unknown said...

sama kes dgn kereta sy.. tayar bunyi berdengung.. ada mintak pusat servis check untuk bearing..in case bearing problem sy bole mintak claim.. tp pusat servis ckp bearing takde masalah.. dia mintak check dekat bengkel tayar pulak.. sy syak bearing sbb kereta kwn sy pon tayar bunyi berdengung jugak.. dan dia ckp bearing problem..

juju said...

Kereta sy klu tgh drive mesti ada bunyi bedengung, bunyi mcm kipas berpusing tak berapa nak laju😅. Yg tu bearing jugak ke masalah?

Unknown said...

Kereta sy 2 x dh tukar bearing.sng citer smngu skali tukar bearing.ni jadi lsgi mgu ketiga.apa poblemnye ..bearing dgn ape lg perlu ganti..bearing dpn sblh pnumpang...

Nizam.Ariff said...

Juju.
Maaf...byk sebab klu berdengung. Klu tayar keras sangat pun berdengung. Klu bunga tayar tak cantik pun berdengung. Elok check mcm pomen saya tu buat...jack tayar sebelah then pusingkan. Pastu dengar.

Shahrul.
Klu dah tukar bearing baru, mgkn sbb yg lainlah kut...

Unknown said...

Kereta saya start bunyi berdengung since 3 bulan lepas, mula2 bunyi slow je sampai minggu lepas bawa kereta 60km/j pun bising mengalahkan radio.Bila orang lain drive pun komen pasal bunyi bising tu.

So ke bengkel la. Abang pomen tu ajak test drive, dia tekan minyak dan dengar bunyi mengaum terus dia cakap ' hmm confirm bearing ni, dah teruk bunyi byk kuat jangan nanti tayar stop tiba2 masa you drive nanti bahaya.Bearing pecah, hancur you punya kereta.Tukar la!'.

So, dari situ dia bagitahu kereta berdengung biasanya sebab bearing, tayar dah rosak/botak or break pad. Good info. Kos tukar bearing tayar depan RM200 sekali dengan alignment tayar dan saya servis sekali, so total RM285. Settle masalah.Shared info for betterment.:)

Nizam.Ariff said...

Jamilah.
Terima kasih atas perkongsian info.
Pengalaman kita hampir sama....

Ohmae Baranski said...

Kereta sy br juga kena td petang. Kononnya nk htr untuk ganti baru satu skru sportrim yg patah. Pomen try buka tyr depan sebelah penumpang dekat sejam xbole2. Mcm2 ikhtiar. Siap patri bagai. At last bole jgk buka tyr depan tu selepas diketuk2..sampai biji bearing berterabur. So no choice. Pomen bg nasihat nextime pastikan pomen2 lain nk masuk skru kasik masuk betul2..jgn main masuk terus pki mesin. Skru masuk senget..last2 skru patah. Skg bearing pun sudah rosak..nk buat td xsempat sbb Ahad kedai spapepart tutup. So nasehat pomen..drive under 90km/j jgn laju2 takut tayar jem. Huh...

Nizam.Ariff said...

Ohmae.
Perkongsian terbaik ni...thanx

Unknown said...

waja saya tayar belah kanan bunyi "gedegek3" bila drive.tanya pomen ckap bearing..betul ke bearing

tok pakeh temenggong said...

Kereta apa

Unknown said...

Skrg tengah tukar bearing sbelah blkg. Sbelah 170. Dia xbrani tukul sbb dia kata akn mudah rosak. Almera. Temerloh

Unknown said...

Apa serial number untuk bearing roda depan alza yea kalau ada share kan ..saya nak beli..bagi kat kedai spare part

Unknown said...

Hai bro nk tanya nie sy pkai kereta myvi,apabila sy gerak bunyi kt dlm bising

Unknown said...

Aku kene RM240. Mampos. Kene cekik.

Nizam.Ariff said...

Bearing biasanya bunyi berdengung atau berpasir. Kalau bunyi dah mcm tu, mgkn bearing dah punah langsung. Tapi cuba check dulu absorber dan perkara2 yg berkaitan dulu...

Nizam.Ariff said...

Kereta jenama antarabangsa kut???

Unknown said...

Saya baru pas tukar bearing tayar belakang sebelah..harga bearing jer sebelah rm120 .. upah pasang rm35..kereta myvi dah lebih 9 thn..ni 1st time tukar..pasni nak tukar bearing tayar depan plak ..dah tanya harga bearing sebelah rm45..so 2 belah rm90 lah..upah pasang siap semua rm120..so depan 2 belah 90+120= 210 jugak la standby..baru tau rupanya bearing tayar blkg jauh lbh mahal dr tayar depan. Mmg kalau bearing rosak kereta rasa mcm berat n berdengung..baru2 ni plak brek bunyi geseren bila membrek..g bengkel check2 dah makan disk..so tukar 1 set rotor n brek pad rm155.. brek pad rm35..rotor 1 set 120...upah pasang rm90..walau pon kereta dah habis byr bulan..tp bersedia la utk maintenance plak..mcm2 nanti nak kena tukar..

Unknown said...

Saga flx sy baru terjadi td..ingat masaalh timing belt..sy tukar..pastu cek google ada org kata driveshaft..dah tukar jgk..tp bunyi masih x hilang..strees bila masuk gear 4 dan 5..bunyi mcm lori angkat pasir..suruh pomen cek tyr ok je..gear1,2,3 normal je bunyi bila masuk gear 4 n 5 ..bunyi dengung tu bukan main kuat lg..smpi mengalahkan bunyi radio keta sy..oleh itu blh x minta nasihat sikit..sama org yg pakar

Unknown said...

berapa caj tukar bearing depan kiri kanan? pomen saya caj 460 termasuk upah pasang.mahal ke?

Aleeya said...
This comment has been removed by the author.
nik mohamad amir said...

Try tukar bearing

Unknown said...

Ini la kehidupan kita pengguna kereta dgn motor...lebih lagi yg terpakai beli..mcm2 hal akan jadi bertahun jugak sampai la selesai semua kite betulkan mase tu la kite pakai yg baru ke yg lain ke bile jual yg lame syok la yg dpt tu sbb semua ok tahan la 3 tahun tk meragam hehehe

Mie said...

Ada yg cakap 90 jerr

Cikgu Siti Rosnah said...

Hari ini pergi pusat servis kereta sbb bunyi kuat berdengung.Mereka kata RM1200.00 untuk sepasang.Terkejut beruk sbb masa tunggu google harga bering.Ini pergi tempat anak buah kerja.aduhai,pengalaman.Tahu pasal bering ni sbb baru belajar e-learning 'pemandu' di epsa.Juga backomen2 di atas.tq atas perkongsian.

Unknown said...

Rupa nya selama ni bunyi berdengung tu tanda awal bearing maw rosak...langsung sya x tahu...hari bunyi rasa x selesa sgt antar p pusat servis ..mengatakan bearing rosak...
Admin bole bagi tahu apa punca bearing kereta rosak...??

Nizam.Ariff said...

Normal wear n tear... Sampai kilometernya, bearing pun haus lah

Ezara Nash said...

Pengalaman saya, dulu saya pakai kereta Kancil 850. Menang memakai je. Biarpun bulanan dah abis byr tapi bersedia utk maintenance pula. First time bwk pg Johor, balik dari Johor tayar jem. Rupanya bearing pecah teruk. Bayangkan time tu kau dgn anak2 kau je yg ada. Nak tak nak kena tukar juga. So sekarang ni, pakai kereta avanza 1.3 pula. Ansuran dah nak abis. Memandngkan kereta ni byk berjalan so kena tukar siap2 bearing tayar la. Harga termasuk upah rm340. Berpeluh juga la nak bayar tapi nak buat mcamna demi keselamatan sekeluarga juga. Pakai la apapun jenis kereta. Kita hanya menang memakai je. Daha namanya pun utk kemudahan so kena la jaga.

Unknown said...

.kerete preve saya bila tekan mainyak kemuadian slow,hah masa tulah berdengung kuat tu.apa masaalah ye,adakah ada kaitan dengan ekzos

Unknown said...

.kerete preve saya bila tekan mainyak kemuadian slow,hah masa tulah berdengung kuat tu.apa masaalah ye,adakah ada kaitan dengan ekzos

MK said...

org kat dalam yg bising kut

esyamjaybeedt said...

MK buat lawak ye MK.HEHE org kat dlm bising ke bearing

esyamjaybeedt said...

harge boss murah tu..kedai area mana ya

Nizam.Ariff said...

Entah2 ada kaitan dgn turbo tak? Anyway, kena cari punca bunyi tu dulu, baru tau...

Nizam.Ariff said...

Kalau buat planning mcm tu, at least kita dah bersedia. Yg hampeh ni kalau yg jenis rosak terkejut...

Unknown said...

saga premium sya bru guna sebulan ttiba rsa mcm ada kelainan tyr belah kiri dpn blkng. bunyi mcm tyr ksr 4x4.lpstu ada gtrn klu bawak up 80..boleh jelaskan??

Nizam.Ariff said...

Kereta baharu biasanya tak jadi gitu. Kalau rasa getaran pd kelajuan tinggi, biasanya sbb balancing. Tapi sebab bunyi tu tak pasti. Kena cari pinca bunyi tu dulu.. Sama ada datang dari getah tayar atau komponen lain. Tapi eloknya buat yg murah dan nampak dulu.... Buqtlah tyre balancing dan check alignment balik. Lepas tu baru cari punca yg lain pulak

Unknown said...

Pm sy wak

Unknown said...

Salam..kereta sy bila bawa semakin laju semakin kuat bunyi berdengung..bunyi macam tayar 4×4 pla...apa masalah biasa klau jadi mcm ni ye....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com