Sunday, September 24, 2017

Otak semut

.


Itu sang semut bersayap yang ingin terbang mencari purnama. Rakan2 komrad nya berbondong2 merayau, memberi tabik perpisahan lagaknya.

Syugulnya malam ini...melihat sang sayap terbang pergi. Semoga mereka ketemui dewa purnama yg mereka cari.

Sang semut merah biasanya pantang diusik. Serangga segala digigit, ditarik, dicarik-carik.

Tapi...kenapa sang semut merah itu tak serang semut bersayap itu - yang terang2an berbeza fizikal dan berbadan lebih sasa?

Otak semut merah terlalu kecil untuk memproses data piktorial dan membuat ta'akulan mantik, apatah lagi memproses operasi logik.

Aneh...sudah dekat kiamat ni...😁.

.


Friday, September 22, 2017

Bangau oh bangau....

.

Tadi, aku beli:-
6 ekor ikan Mabong (saudara Kembong),
1 ekor Pari Daun (atau Tuka).
Harga: RM 31.

Mahal. Ya, mahal.

Tapi aku tak rasa para nelayan sekarang sudah kaya raya...

Adakah ikan-ikan sekarang sudah berkurangan?
Atau cuaca yang tidak mengizinkan?
Atau orang-orang tengah yang ramai?

Salah satu cara aku nak agak2 puncanya ialah dengan membandingkan dengan harga ikan di Tesco, kerana chain of supplier nya mungkin sedikit, jadi harganya mungkin hampiri pemborong besar.

Tapi...sekarang ini harga ikan dan udang di Tesco pun tak jauh beza.

Adakah ikan makin berkurang atau cuaca yang main peranan?

.


Monday, September 18, 2017

PDPA : menjawab persoalan tentang perlindungan peribadi...

.

Dalam entri yang lepas, ada satu komen @ pertanyaan dari Saudari Rapunzel Cikilolo. Satu pertanyaan yang bagus.



Akta itu berkesan bilamana data peribadi kita telah digunakan tanpa pengetahuan / persetujuan kita atau telah diberikan kepada pihak ke-3 kecuali untuk tujuan yang dibenarkan oleh akta i.e. bil, warranty, perkara berkaitan produk, feedback dll.

Jika kita telah bersetuju, ceritanya dah berlainan.

Pada tahun 2013, aku telah terima sepucuk surat yang meminta persetujuan untuk gunakan maklumat peribadi aku. Sebagai respon, aku tulis satu emel meminta pengecualian beberapa perkara, seperti di bawah:



Dan emel aku dibalas seperti di bawah:





Dengan kata lain, jika aku tak bersetuju, langganan aku akan terbatal! Dan aku bukan lagi pelanggannya (baca perenggan dalam kurungan merah).

Jadi, apa pilihan aku?

Hmm....'dunia tanpa sempadan' juga bermaksud tiada garis sempadan privasi yang jelas. Hahaha...


.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com